SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PuSPA IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN

PERHATIAN

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

IPG KSM Wakil Terengganu

IPG Kampus Sultan Mizan akan mewakili negeri Terengganu dalam Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan peringkat kebangsaan susulan kemenangan di peringkat negeri semalam.IPG Kampus Sultan Mizan diwakili oleh Madihah Fakharuddin (PISMP Semester 1 Pengajian Sosial), Ashraf Alpandi (PISMP Semester 1 Sains) dan Patricia Alin (PPISMP Semester 2 Prasekolah).

Tahun 2009 mereka berjaya mendapat tempat ke-3 peringkat negeri dan pada tahun 2008 wakil IPG Kampus Sultan Mizan iaitu Ariff Aizuddin, Rahmat Sholihin dan Yogeswari berjaya mendapat tempat ke-2 peringkat kebangsaan. Diharap tahun ini JOHAN KEBANGSAAN milik kita.

2 comments:

May 24, 2010 at 9:29 AM Mr_17 said...

tahniah atas kejayaan kalian...

May 27, 2010 at 11:09 PM Persatuan Seni Pengucapan Awam said...

sama2.... bersama melonjakkan kecermelangan ipg ksm