SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PuSPA IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN

PERHATIAN

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

DEBAT INTER UNIT 2010




Malam Esok
Dewan Bendahara IPG Kampus Sultan Mizan akan menyaksikan sekali lagi pertembungan 2 pasukan...
DREAM TEAM SEM 2 (Kerajaan) VS PPISMP PAI 2 (Pembangkang)
USUL : KUASA VETO MENGANCAM KEAMANAN DUNIA
8.45 MALAM
RASAI KEHEBATAN DEBAT BAHASA MELAYU

IPG KSM Wakil Terengganu

IPG Kampus Sultan Mizan akan mewakili negeri Terengganu dalam Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan peringkat kebangsaan susulan kemenangan di peringkat negeri semalam.IPG Kampus Sultan Mizan diwakili oleh Madihah Fakharuddin (PISMP Semester 1 Pengajian Sosial), Ashraf Alpandi (PISMP Semester 1 Sains) dan Patricia Alin (PPISMP Semester 2 Prasekolah).

Tahun 2009 mereka berjaya mendapat tempat ke-3 peringkat negeri dan pada tahun 2008 wakil IPG Kampus Sultan Mizan iaitu Ariff Aizuddin, Rahmat Sholihin dan Yogeswari berjaya mendapat tempat ke-2 peringkat kebangsaan. Diharap tahun ini JOHAN KEBANGSAAN milik kita.

PERJUMPAAN BERSAMA PUSPA DAN BIRO PENGURUSAN PROFESIONAL & KURIKULUM

Satu perjumpaan di antara Ahli PuSPA dan Biro Pengurusan Profesional & Kurikulum, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPG Kampus Sultan Mizan akan diadakan pada malam ini 4hb Mei 2010 di Dewan Kuliah Ibnu Khaldun pada jam 9 malam. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah :

1. Refleksi & Post Mortem Minggu Bahasa IPG KSM
2. Pertandingan Debat Inter Unit Piala Ketua Jabatan Pengajian Melayu 2010
3. Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan
4. Pertandingan Debat Piala Duli YAng Maha Mulia Sultan Zainal Abidin

Semua ahli terlibat diminta hadir tepat pada waktunya.. Sekian terima kasih.

Ariff Aizuddin Johan Pidato Integriti

Alhamdulillah, IPG Kampus Sultan Mizan sekali lagi berjaya menempa nama setelah menggondol Johan Pidato Integriti yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dan IPG Kampus Bahasa Melayu. Tahniah juga buat Saudari Madihah Bte Fakharuddin kerana kejayaan beliau memasuki pusingan akhir walaupun pertama kali dalam lapangan pidato.

Ariff telah membawa piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM 3000.00 ringgit.

TAHNIAH DAN SYABAS