SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PuSPA IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN

PERHATIAN

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

FINAL DEBAT INTER UNIT PIALA KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2009

Alhamdulillah final telah berjaya dijalankan. Pertandingan final telah ditangguhkan 2 hari selepas pusingan suku akhir bagi memastikan pendebat final telah betul-betul bersedia dan mampu memberi persembahan yang baik serta hujah yang padu.

Untuk pusingan final, juri telah sepakat untuk memilih usul iaitu SISTEM PENDIDIKAN NEGARA MAJU : MODEL TERBAIK UNTUK MALAYSIA. Pihak kerajaan ialah dari pasukan PPISMP Sem 3 KS1 dan pembangkang pula dari Dream Team.

Kedua-dua pasukan boleh dikkategori sebagai pendebat amatur kerana tidak pernah terlibat dalam perdebatan namun mampu memberikan perdebatan yang berkualiti.

Dengan juri 3-2, margin 2.5, usul ditolak. Pendebat terbaik jatuh kepada Saudari Madihah dari kerajaan.

Tahniah kepada kedua-dua pasukan kami ucapkan.


0 comments: