SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PuSPA IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN

PERHATIAN

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

LEGASI KEPIMPINAN PUSPA IPGM KSM

DUDUK :
Emir Nashriq (Bendahari Agung Kehormat), Nurul Syahirah (Naib Presiden),
Ariff Aizuddin (Presiden), Rahmat Sholihin (Timabalan Presiden),
Jailani Mohd Yusoff (Setiausaha Agung Kehormat).

BERDIRI DI BELAKANG :
Zarina (Exco Penulisan Akademik & Penciptaan Intelek), Yogeswari (Exco Laporan), Mohd Fikri Hafiz (Exco Tugas-Tugas Khas), Abdul Rahim (Exco Penerbitan), Akhimullah (Exco Debat & Pidato), Bibi Fazrina (Exco Prosa Tradisional),
Siti Nadiah (Timbalan Setiausaha Agung Kehormat), Tuan Nor Firdaus (Exco Perhubungan Luar)

PELAN PLUS PERLAKSANAAN 2010

Pelan plus perlaksanaan 2010 :
  1. Pertandingan Pidato. (cadangan nama Pertandingan Pidato Piala Dato' Idris Jusuh)
  2. Pertandingan Pantun Sekolah Menengah
  3. Pertandingan Syarahan Sekolah Menengah
  4. Pertandingan Forum Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Terengganu
  5. Sayembara Puisi Moden dan Tradosional & Malam Senandung Warisan
  6. Pertandingan Debat Inter Unit Piala Ketua Jabatan Pengajian Melayu 2010
  7. Pertandingan Penulisan Cerpen Sempena Sambutan Kemerdekaan (dibuat secara dalaman dan sekolah sekitar Besut

Justeru itu kami mengharapkan kepada warga IPGM Kampus Sultan Mizan yang berminat untuk bersama-sama kami dalam menjayakan program di atas anda amat dialu-alukan...

MATLAMAT DAN HALATUJU PUSPA 2010

  1. Setakat hari ini Majlis Trtinggi PuSPA telah bersetuju untuk meletakkan 2010 sebagi target untuk "MEMASYARAKATKAN PuSPA". Ini bertujuan untuk meletakkan PuSPA sebagai satu medium memperoleh ilmu dalam konteks pengucapan awam.
  2. PuSPA melihat bahawa IPGM Kampus Sultan Mizan merupakan satu-satunya Institut Pendidikan di daerah Besut ini dan terdapat beberapa insititusi persekolahan yang mempunyai potensi dalam bidang pengucapan awam ini. Maka menjadi tanggungjawab PuSPA untuk membangunkan seni pengucapan awam ini.
  3. Bagi memastikan matlamat ini tercapai PuSPA telah menubuhkan beberapa portfolio seperti Biro Debat & Pidato, Biro Pantun, Biro Penulisan Kreatif, Biro Multimedia, Biro Laporan dan Biro Tugas-Tugas Khas.
  4. Dalam pelan plus perlaksaan PuSPA 2010 juga telah menggariskan beberapa perkara yang akan cuba dilaksanakan seperti Pertandingan Pidato untuk sekolah menengah bagi mencari bakat untuk mewakili negeri Terengganu ke Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan.

FINAL DEBAT INTER UNIT PIALA KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2009

Alhamdulillah final telah berjaya dijalankan. Pertandingan final telah ditangguhkan 2 hari selepas pusingan suku akhir bagi memastikan pendebat final telah betul-betul bersedia dan mampu memberi persembahan yang baik serta hujah yang padu.

Untuk pusingan final, juri telah sepakat untuk memilih usul iaitu SISTEM PENDIDIKAN NEGARA MAJU : MODEL TERBAIK UNTUK MALAYSIA. Pihak kerajaan ialah dari pasukan PPISMP Sem 3 KS1 dan pembangkang pula dari Dream Team.

Kedua-dua pasukan boleh dikkategori sebagai pendebat amatur kerana tidak pernah terlibat dalam perdebatan namun mampu memberikan perdebatan yang berkualiti.

Dengan juri 3-2, margin 2.5, usul ditolak. Pendebat terbaik jatuh kepada Saudari Madihah dari kerajaan.

Tahniah kepada kedua-dua pasukan kami ucapkan.


::SEKITAR DEBAT INTER UNIT PIALA KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2009::

Alhamdulillah selepas melalui satu fasa dalam pentadbiran, PuSPA masih menjalankan aktiviti seperti biasa. Pertandingan Debat Inter Unit Piala Ketua Jabatan Pengajian Melayu 2009 dapat dijalankan untuk kali ke-2.

Pertandingan kali ini telah berjaya mengumpulkan 20 pasukan di antara semester 1 hingga semester 6 yang diwakili oleh PISMP Semester 6 Pengajian Kajian Sosial. Pertandingan ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 1,2,dan 3 Oktober dan final pada 6 Oktober 2009.

Johan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM300.00. Manakala Naib Johan membawa piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM 150.00. Pada tahun ini juga penganjur berjaya menyediakan makanan untuk peserta sepanjang pertandinga. Inilah penambahbaikkan yang berjaya dilaksanakan oleh penganjur berbanding tahun lepas selain wang tunai untuk Johan dan Naib Johan



KEPIMPINAN PUSPA 2009 / 2010

Presiden
Ariff Aizuddin Bin Abdullah

PISMP Semester 6 Pendidikan Jasmani


Timbalan Presiden
Rahmat Sholihin Bin Mokhtar

PISMP Semester 6 Pendidikan Jasmani



Setiausaha Agung Kehormat
Jailani Bin Mohd Yusoff
PISMP Semester 6 Pengajian Kajian Sosial



Bendahari Agung Kehormat
Emir Nashriq Bin Kassim
PISMP Semester 4 Sains

BLOG PUSPA IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah setelah melepasi saat kritikal PuSPA dapat berdiri semula seperti mana dahulu dan kekuatan kali ini berlipat kali ganda. Blog PuSPA yang baru ini akan menyiarkan segala aktiviti PuSPA sepanjang tahun dan perkongsian ilmu dengan rakan-rakan.

Beberapa perubahan dalam kepimpinan utama PuSPA telah bertukar tangan dan saya akan publish nanti.

Sekian dari saya...

REVOLUSI BAHASA, ENOVASI BANGSA



(JAILANI BIN MOHD YUSOFF)
Setiausaha Agung Kehormat
Persatuan Seni Penucapan Awam
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Mizan