SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PuSPA IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN

PERHATIAN

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

::SEKITAR DEBAT INTER UNIT PIALA KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2009::

Alhamdulillah selepas melalui satu fasa dalam pentadbiran, PuSPA masih menjalankan aktiviti seperti biasa. Pertandingan Debat Inter Unit Piala Ketua Jabatan Pengajian Melayu 2009 dapat dijalankan untuk kali ke-2.

Pertandingan kali ini telah berjaya mengumpulkan 20 pasukan di antara semester 1 hingga semester 6 yang diwakili oleh PISMP Semester 6 Pengajian Kajian Sosial. Pertandingan ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 1,2,dan 3 Oktober dan final pada 6 Oktober 2009.

Johan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM300.00. Manakala Naib Johan membawa piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM 150.00. Pada tahun ini juga penganjur berjaya menyediakan makanan untuk peserta sepanjang pertandinga. Inilah penambahbaikkan yang berjaya dilaksanakan oleh penganjur berbanding tahun lepas selain wang tunai untuk Johan dan Naib Johan



0 comments: