SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PuSPA IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN

PERHATIAN

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

MATLAMAT DAN HALATUJU PUSPA 2010

  1. Setakat hari ini Majlis Trtinggi PuSPA telah bersetuju untuk meletakkan 2010 sebagi target untuk "MEMASYARAKATKAN PuSPA". Ini bertujuan untuk meletakkan PuSPA sebagai satu medium memperoleh ilmu dalam konteks pengucapan awam.
  2. PuSPA melihat bahawa IPGM Kampus Sultan Mizan merupakan satu-satunya Institut Pendidikan di daerah Besut ini dan terdapat beberapa insititusi persekolahan yang mempunyai potensi dalam bidang pengucapan awam ini. Maka menjadi tanggungjawab PuSPA untuk membangunkan seni pengucapan awam ini.
  3. Bagi memastikan matlamat ini tercapai PuSPA telah menubuhkan beberapa portfolio seperti Biro Debat & Pidato, Biro Pantun, Biro Penulisan Kreatif, Biro Multimedia, Biro Laporan dan Biro Tugas-Tugas Khas.
  4. Dalam pelan plus perlaksaan PuSPA 2010 juga telah menggariskan beberapa perkara yang akan cuba dilaksanakan seperti Pertandingan Pidato untuk sekolah menengah bagi mencari bakat untuk mewakili negeri Terengganu ke Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan.

3 comments:

October 19, 2009 at 10:51 PM Blog Eazy Izzuddin said...

hey
thanks drop by to my blog

October 22, 2009 at 4:41 PM eiymnajmie said...

kasi gempakla PUSPA...lagu tema puspa musti lagu P.U.S.P.A by ST12..hihhihi..aperpown, wish of luck to all PUSPA crew members!!!